May 12, 2008

Makkal Sakti : Kelab Penyokong Pas Serdang

Bangi, West Country : 11 Mei 2008 / 12 Jamadil Awal 1429
Kaum India yang sinonim dengan MIC atau BN telah melakukan perubahan besar dalam pilihanraya ke-12 dan menjadi antara sebab utama 5 buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Media utama selama ini telah memberikan gambaran negatif terhadap PAS dan ini telah menimbulkan fobia dikalangan kaum India. Tanggapan bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstrim dan taksub pada agama ternyata meleset bila mereka melihat dan diberi kefahaman yang ikhlas akan kerajaan PAS di Kelantan.

Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi dalam ucapan aluan sempena majlis penubuhan Kelab Penyokong PAS Kawasan Serdang turut menyarankan agar perbezaan fahaman agama dan budaya antara kaum dijadikan titik tolak untuk kita semua memahami dan menghormati kaum lain.

Kelab Penyokong PAS kawasan Serdang yang mempunyai keahlian 300 orang akan digunakan sebagai platform merangka kerjasama pembangunan kaum India disekitar kawasan.

En. Selvadurai, mantan jawatankuasa PPP menyatakan rakyat Malaysia berhak dibela tanpa mengira kaum dan PAS terbukti memperjuangkan nasib semua kaum dan bukan untuk orang Islam sahaja. Kerajaan PAS di Kelantan telah menyumbang RM 200 ribu bagi pembinaan sebuah kuil berbanding kerajaan BN Selangor yang meroboh kuil sedia ada.

3 comments:

  1. salam ..

    ada tak sesiapa yang usahakan buka PASTI Tamil ?

    kena mula draft & plan dari skrg la .. sempat lagi ni, baru bulan mei ..

    ada masa enam tujuh bulan sebelum mula sesi 2009 ..

    jangan pulak kata tak sempat .. dah peringatkan awal-awal nih ..

    boleh jadi projek besar lajnah antara kaum/kelab penyokong pas ..

    ReplyDelete
  2. dari pembaca blog PASBangi: saya nak tanya sekali lagi, bilakah adun bb.bangi akan datang ke masjid hasanah secara rasmi?

    ReplyDelete
  3. Bangi, West Country : 11 Mei 2008 / 12 Jamadil Awal 1429
    Kaum India yang sinonim dengan MIC atau BN telah melakukan perubahan besar dalam pilihanraya ke-12 dan menjadi antara sebab utama 5 buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Media utama selama ini telah memberikan gambaran negatif terhadap PAS dan ini telah menimbulkan fobia dikalangan kaum India. Tanggapan bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstrim dan taksub pada agama ternyata meleset bila mereka melihat dan diberi kefahaman yang ikhlas akan kerajaan PAS di Kelantan.

    Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi dalam ucapan aluan sempena majlis penubuhan Kelab Penyokong PAS Kawasan Serdang turut menyarankan agar perbezaan fahaman agama dan budaya antara kaum dijadikan titik tolak untuk kita semua memahami dan menghormati kaum lain.

    Kelab Penyokong PAS kawasan Serdang yang mempunyai keahlian 300 orang akan digunakan sebagai platform merangka kerjasama pembangunan kaum India disekitar kawasan.

    En. Selvadurai, mantan jawatankuasa PPP menyatakan rakyat Malaysia berhak dibela tanpa mengira kaum dan PAS terbukti memperjuangkan nasib semua kaum dan bukan untuk orang Islam sahaja. Kerajaan PAS di Kelantan telah menyumbang RM 200 ribu bagi pembinaan sebuah kuil berbanding kerajaan BN Selangor yang meroboh kuil sedia ada.

    Kaum India merasa terpinggir dari pembelaan untuk mendapatkan lesen perniagaan, pendidikan dan peluang pekerjaan yang lebih adil untuk sama maju bersama kaum Melayu dan Cina.

    Tetamu undangan pada malam itu ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Pengerusi Lajnah Perhubungan dan Hak Antara Kaum, PAS Pusat. Dalam ucapannya beliau berkata dasar ‘pecah dan perintah’ yang diwarisi dari penjajah British masih diguna pakai dalam BN. UMNO untuk orang melayu, MIC untuk orang India dan MCA untuk orang cina jelas gagal dalam agenda perpaduan nasional. Perlembagaan PAS yang dibentuk pada 1951 memperuntukkan pembelaan untuk semua kaum di Malaysia.

    Menceritakan pengalaman membawa sekumpulan 10 orang doktor ke pendalaman Sabah telah menunjukkan bahawa kemerdekaan 50 tahun yang kita capai gagal dinikmati oleh masyarakat disana. Mereka yang amat memerlukan kemudahan asas seperti kesihatan terkejut bila dilawati oleh PAS. Tanggapan bahawa hanya parti BN sahaja yang mampu memberikan kemudahan asas seperti itu berubah selepas lawatan.

    Mengulas mengenai keahlian Kelab Penyokong Pas yang menjangkau ke angka 10 ribu orang. Satu konvensyen akan dibuat pada bulan Ogos di Perak yang akan menghimpunkan buat pertama kali ahli kelab seluruh negara.

    ReplyDelete